home | introduction | publication | consultancy | training | panel of experts | contact us | biography | training team |clients|

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Sarimah Radzi - Pengurus Pentadbiran & Operasi

 

Sarimah mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam pentadbiran dan operasi, khususnya pengurusan . Beliau memulakan kerjaya di INMIND sebagai pegawai penyelidik sebelum mengetuai jabatan tugas-tugas khas di organisasi yang sama. Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penyuntingan dan penerbitan buku .

 

 LATIHAN DAN PEMBANGUNAN MODUL
 
 Wan Mohd Jeffri Wan Ibrahim

Jeffri merupakan graduan Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Syariah & Undang-undang, Jabatan Syariah Islamiah. Jeffri telah memulakan kerjaya sebagai pegawai pelatih dalam program motivasi belajar dan peperiksaan untuk pelajar sekolah di peringkat rendah dan menengah. Jeffri menyertai AKADEMI AIDIT sebagai Perunding. Jeffri mempunyai kecenderungan dalam bidang Syariah. Bidang keutamaan beliau ialah Aura, Islamic Decision- Making dan motivasi peningkatan kendiri.

 Wan Mohd Allwee Wan Ismail

Wan Mohd Allwee Wan Ismail adalah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), Ekonomi Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM). Pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Kerja di salah sebuah rangkaian restoran makanan segera serta pengurus dan koordinator projek pendidikan di Yayasan Aminuddin Baki. Berpengalaman secara langsung dalam latihan potensi diri remaja dan para pelajar sekolah sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor. Beliau juga pernah bekerja sebagai Pegawai Projek di Institut Keluarga dan Kanak-Kanak NURY. Bidang keutamaan beliau ialah Pemikiran 3K, perkembangan otak dan pengurusan kewangan.

 PERUNDINGAN
 
 Izhan Hamidi Ibrahim

Izhan adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah & Ekonomi dan Ijazah Sarjana Syariah dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur. Memulakan kerjaya sebagai Pembantu Perpustakaan di sebuah kolej swasta dan pada masa yang sama melanjutkan pengajian di peringkat sarjana. Beliau menjalankan penyelidikan dalam bidang Perbankan Islam pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Mempunyai kecenderungan dalam bidang Ekonomi Islam. Menyertai Akademi Aidit Sdn. Bhd. pada April 2005 sebagai perunding. Beliau merupakan jurulatih bertauliah PSMB.

 PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN
 
 Norita Hassan

 

Sebaik sahaja tamat pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, Norita telah memulakan karier beliau dalam bidang pendidikan sebagai Kaunselor Pendidikan di sebuah syarikat swasta. Beliau mempunyai kecenderungan dalam pendidikan kanak-kanak dan remaja. Beliau terlibat secara langsung dalam mengendalikan program Petua Persediaan Belajar Secara Holistik dan Kursus Pengukuhan Jawi. Bidang keutamaan beliau kini ialah penyelidikan sosio ekonomi.

 Aslina Ghazali

 

Aslina mempunyai latarbelakang pendidikan Bachelor of Law (LLB) Staffordshire University, UK dan Master In Law (LLM) University of Wolverhampton, UK. Minat serta kecenderungan yang tinggi dalam bidang pendidikan telah mendorong beliau untuk menyertai Akademi Aidit sebagai Ketua Pusat Kecemerlangan Pendidikan (ACE). Aslina turut terlibat dalam menggubal modul Petua Persediaan Belajar Secara Holistik yang dianjurkan oleh AKADEMI AIDIT SDN. BHD. Beliau turut terlibat dalam penulisan artikel dalam majalah Islamic Lifestyle. Beliau memiliki pengiktirafan Penterjemahan Am dari Institut Terjemahan Negara Malaysia.

 Mohd Affendi Othman

Affendi adalah graduan Sarjana Muda Syariah Pengkhususan Siasah Syar’iyyah (Kepujian) dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kecenderungan beliau adalah dalam bidang kepimpinan, pentadbiran dan politik Islam. Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir di sebuah syarikat perunding, seterusnya sebagai Eksekutif Kemasukan dan Rekod di sebuah IPTS sebelum menyertai AKADEMI AIDIT SDN. BHD. pada Julai 2006 sebagai Perunding.

Aufzalina Yusof

Aufzalina merupakan lulusan Sarjana Muda Sains (Statistik) Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kemahiran utama beliau ialah dalam research methodology, experimental design analysis, statistical quality control dan operational research. Beliau memiliki pengalaman kerja sebagai Pembantu Penyelidik di Lembaga Zakat Selangor, Malaysia Institute of Transport, UiTM dan Academic Quality Assurance, UiTM.

Mastura Yaacob
 

 

Mastura memiliki ijazah Sarjana Muda Sains (Statistik) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau berkemahiran dalam bidang statistical analysis, research methodology, report writing, time series analysis/business forecasting, operational research dan statistical quality control & management. Beliau pernah berkhidmat dalam latihan industri di Unit Metodologi Penyelidikan dan Biostatistik, Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian serta terlibat dalam projek penyelidikan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian Kelantan.

Wan Noorhafizah Wan Ismail

Wan Noorhafizah berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sains (Statistik) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan memiliki kemahiran dalam bidang research methodology, time series analysis/business forecasting, experimental design analysis dan statistical quality control. Beliau pernah berkhidmat sebagai pelatih penyelidikan di Lembaga Getah Malaysia, Sungai Buloh, Selangor.

 

Suite 5.17, 5th Floor (North Block) The AmpWalk, 218 Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur
Telephone:03-21614145 Facsimile:03-21614566 Email:
akademiaidit@
akademiaidit.com

Copyright (C) 2003-2009 AKADEMI AIDIT SDN. BHD. (CO. NO : 687084-U)